Tentang Sistem MasjidKITA

MasjidKITA adalah sebuah platform digital online yang dibangunkan sepenuhnya oleh Custommedia Sdn Bhd, sebuah syarikat kejuruteraan perisian milik 100% bumiputera dan dipersijil ISO 9001:2015.


Modul pertama yang dilancarkan di bawah platform ini adalah KhairatKITA, sebuah sistem pengurusan rekod, pembayaran, dan hebahan bagi pentadbir dan ahli tabung khairat. Beberapa modul lain sedang dibangunkan untuk melengkapkan fungsi platform MasjiKITA dan dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2023 dan 2024.


K - Komuniti

I - Islam

T - Tetamu

A - Allah

Modul

Berita


KhairatKITA. Digital, Mudah & Telus.

Soalan Lazim

Pakej langganan pentadbir dibahagikan kepada 4 peringkat mengikut jumlah ahli. Untuk maklumat penuh pakej, rujuk bahagian “Pakej Langganan Anda” di laman masjidkita.com.my
Ciri-ciri utama khairatKITA adalah paparan dashboard dengan maklumat komprehensif, pendaftaran ahli secara online dan offline, pembayaran secara online dan offline, pengurusan rekod ahli dan kutipan bayaran dalam masa nyata, rekod bayaran dan perbelanjaan terperinci, dan laporan kewangan yang boleh dicetak dengan hanya satu klik.
Jika anda terlupa kata laluan, sila klik pada “Forgot your password” dan kata laluan baru akan dihantar pada email anda.
Sebagai pentadbir tabung khairat, anda boleh mengeluarkan dana melalui akaun bank mengikut prosedur biasa dan kemaskini maklumat perbelanjaan di dalam sistem khairatKITA untuk memastikan ketepatan rekod akaun. Sebagai ahli, sebarang perbelanjaan berkenaan pengurusan jenazah akan diuruskan oleh pentadbir badan khairat apabila status jenazah disahkan sebagai ahli atau tanggungan berdaftar